Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama aku menyenyapkan diri. Bukan malas tapi terkekang dek kesibukan tugas di SAJ. Tahap kesihatan juga kurang memuaskan buat masa sekarang ni. Selalu sangat selsema dan sakit kepala. Sampai terskip kelas. Cuma yang nasib baiknya aku masih bleh catch up dengan apa yang aku tertinggal tak macam subjek statistik.... buat bertambah pening... eheheheh
Meeting yang ketiga tu aku dah terlepas macam mana nak setting web guna CSS. Terus jerk jquery. Memula agak pening tapi akhirnya aku faham jugak.
Dalam lecture, doktor ada menyebut tentang pencerobohan Lahad Datu dan tentang berita yang mengatakan pengganas-pengganas Sulu ada menggunakan tangkal dalam kerja pencerobohan mereka. Penggunaan tangkal ni pada aku lah, tak sesuai dan terpesong dari hukum syarak. Kita sebagai manusia sepatutnya meminta pertolongan daripada Allah dan bukannya dari makhluk ciptaannya.
Apa kejadahnya kita nak memakai tangkal kononnya akan membuatkan kita kebal? Sebesar-besar kuasa adalah kuasa Allah. Tiada siapa yang dapat menandingi kuasanya. Kita ni mahluk ciptaannya. Sehebat mana pon kita di dunia ni, kita tetap hambanya. Kita tetap kena sujud kepada Allah. Tetap kena minta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa, maha mengetahui dan maha mengasihani.
Monday, April 15, 2013
Sunday, February 24, 2013
Perjumpaan pertama Web Programming.
Assalamualaikum dan selamat petang.
Baru hari ni berkesempatan untuk aku berkarya. Bermula dari minggu lepas bertarikh 16 Februari 2013, bermula sekali lagi kehidupanku dalam semester ke 2 pengajianku dalam bidang Sains Komputer (Rangkaian dan keselamatan) di UTM Space.
Semalam merupakan pertemuan pertama ku bersama rakan-rakan seperjuangan dengan Prof Madya Dr Nor Azman bin Ismail.
Beliau akan mengajar kami dalam subjek Pengaturcaraan Web. Permulaan pembelajaran, kami di minta memperkenalkan diri masing-masing berserta dengan maksud nama kami sendiri dan tujuan kenapa kami semua mengambil keputusan untuk sambung belajar. Masing-masing mempunyai nama yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Dan mereka juga mempunya sebab mereka sendiri mengapa mereka sambung belajar.
Bagi aku, dalam pembelajaran semalam, aku mendapat sesuatu pengajaran yang bermakna. Iaitu, setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai sebab mengapa Allah menjadikan mereka. Kita perlu tahu sebabnya supaya apa pun yang kita lakukan di bumi ini, kita perlu sedar kenapa kita di lahirkan di dunia ini. Kita di berikan nama yang indah oleh ibu bapa kita. Kita perlu bangga dengan nama kita sendiri yang mempunyai maksud yang indah. Bagi diriku, maksud Ahmad Fitri (yang di puji, semulajadi), aku sedar setinggi mana pun aku di puji oleh masyarakat sekeliling, aku mesti kembali ke hidupku yang semulajadinya di jadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itu di awal pembelajaran.
Seterusnya aku di perkenalkan dengan sesuatu yang aku pernah nampak tapi tak pernah berpeluang untuk melakukannya. HTML atau nama lainnya Hypertext Markup Language. Dulu masa diploma adalah tengok-tengok skit benda ni. Tapi satu hapah aku tak faham. Belajar pon setakat nak tau dan lulus periksa jer. Sekarang, kena belajar, kena faham dan kena buat. Memula aku ingatkan HTML ni coding rupanya bukan. Ianya berbeza dengan bahasa pengaturcaraan web yang lain seperti PHP, JSP dan sebagainya (kalau salah tolong betulkan ya). Yang aku faham, HTML tidak ada compiler yang boleh memberitahu kita di mana kesalahan kita.
Uniknya kelas untuk subjek ini, pensyarah mempunyai pendekatan berbeza dengan pensyarah lain. Kami di mestikan untuk mempunyai akaun Facebook dan blog sendiri (aku tak pernah ada sebelum ni). Setiap makluman tentang kelas dan pembelajaran akan di beritahu di dalam group yang telah pun di buat oleh pensyarah. Kami di minta untuk terus berinteraksi di situ. Ada sorang kawan aku ni, dia takder akaun Facebook di mana aku rasa pelik jugalah memula. Tapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia takder akaun Facebook. Aku nak tanya tapi segan plak. Almaklumlah aku memang penyegan orangnya. Eheheheheh.
Kelas semalam pun aku dapat satu benda baru. Aku baru tau kenapa iPhone di cipta sebegitu rupa. Baru aku dengar istilah one hand operation atau operasi sebelah tangan. Aku juga baru tau yang IOS merupakan satu benda besar berbanding Android. Ni yang buatkan semangan aku berkobar-kobar nak cari iPhone (tapi harga agak mahal berbanding hand phone Android). Android phone sekarang ni di kuasai hampir sepenuhnya oleh Samsung (harga pun boleh tahan). Tapi ramai orang tak tau yang ada satu jenama di pasaran sekarang yang mempunyai kualiti hampir sama dengan Samsung tapi harga jauh beza daripada Samsung (kalau aku tau dah lama aku sambar). Buat pertama kalinya jenama ini menembusi pasaran Amerika (kalau kualiti tak baik susah nak masuk pasaran US). Jenama yang aku maksudkan adalah AINOL. Bunyi macam nama orang melayu tapi bukan. Kalau tak silap ia daripada China.
Dah panjang lebar dah aku tulis. Sebagai penutup bicara, aku nak belajar macam mana nak set up server sendiri dan macam mana nak bina Group Welcoming page guna PHP. Hmm semoga korang terhiburlah baca entry aku ni. Minta maaf kalau rasa ayat aku ada campur-campur macam rojak. Rojak??? Hmmm......... Err selamat tinggal dan jumpa lagi....

Subscribe to:
Posts (Atom)